twitter

    follow me on Twitter

    19.12.09

    entri luka rock the world

    semasa aku darjah lima

    +cis ko memang nak perli aku kan. gi letak video guide to mosh lak.
    -eh lek a bro. pehal marah-marah ni haa?
    +eleh buat taktau konon. ko tau kan aku takleh gi rtw sebab duit jpa tak masuk lagi?
    -oh pasal tu ke? tau aje. haha, padan muke ko.
    +yang buat aku bengang lagi, s dah sanggup payung tiket aku tapi aku taleh gi gak sebab pikir duit nak makan transpot lagi pulak. demmit tol.
    -hahaha, ada lagi? nak lagi.
    +tambah bengang lagi, aku lupa tanya h dia konfem pegi ke tak. kalu aku tanya awal-awal sebelom kensel tiket tu, dia dah sanggup payung makan tu bai. siot tol.
    -wakaka, lagi-lagi?
    +aku tak pegi rantai, aku tak pegi langkawi, aku tak pegi reunion sume sebab aku nak bajet untuk rtw. tapi tunggu punye tunggu elaun, harapkan elaun, elaun makan pagar. curse you jpa!
    -fuyyoo! we want more bro!
    *bunyi efek tumbuk rusuk, sepak perut, otak pecah dush dush*


    *tensen seyh, tulis pun cincai. naseb bek ada famili di sisi dan kedamaian suasana kampung untuk menenangkan fikiran dan jiwa yang lara. hahahampeh nak cakap aku kat kampung je. orang sengkek dok kampung laa.
    **selamat hari entri ke-100 wahai blog. strive fer yer future undertakings eh. reproduce banyak-banyak ya!


    ***selamat hari asyura (10 muharram). marilah kita sama-sama menginsafi kisah pembunuhan cucu kesayangan nabi kita iaitu saidina husin di karbala. astaghfirullahalazim.


    17.12.09

    nothing serious, just for fun, cause i cant stop feeling



    b likes z. z likes b too. nothing official. more commitment needed.
    c likes z. z likes c's photos. nothing serious. just for fun.
    a likes z? z likes a for sure. but a is not available anymore.
    d likes z. z dislikes (not hates) d. no hard feelings, okay. d is just plain weird.
    z is sure famous and hot.

    with love,
    gossipboy

    *malaysia 3-10 vietnam. bet?

    14.12.09

    rule #32: enjoy the little things


    beware overweight people! haha gurau kasar

    beberapa hari lepas berjaya tengok zombieland walaupun biasiswa belum masuk. walaupun cerita pasal zombie tapi bukan cerita horror 100%. ada unsur pop komedi, mis-adventures, dan family value juga. macam biasa, best. "awesome but gruesome" kata seorang gadis yang menonton bersama. bagi aku gruesome memang logiklah sebab cerita zombie tapi taklah se-gruesome tahap saw. tapi masih ada part yang aku ter-pejam mata lah jugak. hehehe biasalah.

    bukan genre seram klise yang selalu aku tonton tapi mungkin genre komedi yang klise. aku rasa seronok tengok filem ini (walaupun ada beberapa kejadian (bukan dalam filem) yang hampir turn-off mood) bukannya takut. aku juga rasa filem ini dekat dengan aku, bukan macam i am legend (yang ada setting hampir sama). mungkin itu sebab aku seronok. rasa dekat dengan aku sebab watak utama dia seorang remaja lelaki biasa macam aku (kecuali dia seorang yang fobia dan nerd, sebab itu dia ada rules for surviving zombies =,=). juga tiada plan atau konspirasi fancy kerajaan. juga tiada plot berselirat dan berterabur (flashback banyaklah). just one average boy with his phobia and rules; one cool adult and his twinkies; one gorgeous girl and her little sister and their tricks; on their journey to find their live back. simple but loaded with all the little things that we need to enjoy or watch or alert or share when zombie invaded our world. macam rule #32: enjoy the little things. even nama karakter pun simple (dan comel mungkin). mungkin aku boleh tambah satu lagi, rule#33: doesnt need to be cool or macho to be hero :)

    cuma kadang-kadang rasa macam ini parodi untuk semua filem zombie seram pure out there. heheh.

    ZOMBIELAND RULES
    dalam movie dan trailer hanya ada sampai 33 rules, tapi ada dalam satu trailer dia cakap ada 47 rules. jadi, mungkin ada sekuel untuk rules yang masih kosong dan seterusnya. mungkin juga 47 hanyalah random numbers dan tiada sekuel. pilihan kedua aku rasa lebih mungkin.

    jadi kesimpulannya filem ini best. haha maaf, malas tulis panjang-panjang pagi ini. tengok apa fadz tulis jelah ye kalau mahu review dalam bahasa melayu yang analitis. kalau nak rasa feeling movie ini tanpa tengok di wayang dan tanpa install game-game yang complicated sila pergi ke sini. kalau mahu survive di zombieland sila pergi ke sini pula.

    *tak puas lagi tengok kat wayang. nanti nak pow orang yang download pulak. heheh.
    **masih menunggu biasiswa. sila belanja avatar atau sherlock holmes kalau mithali.

    2.12.09

    holidays to-do list 3

    sempat lagi ucap salam raya kan? :)

    tora datang lagi, eh silap, holidays datang lagi! mari buat senarai semak perkara-perkara yang mahu dan perlu dilakukan! mengikut susunan keutamaan(-lah sangat):-
    dah hampir dua minggu cuti. updates! dah sebulan. =,.='''

    1. dossier. cis, tak siap-siap lagi? dah seratus entri aku tulis pasal dossier yang belum siap. (dateline dah lepas dah pun =,= ) thank god dossier hampir settle. tinggal hantar borang application universiti dan esei ;)

    2. pendaftaran universiti us. selesaikan borang permohonan (rutgers, msu/suny, rit). kena tulis esei dan isi borang serta bayar fee dalam talian. yang ini memang leceh. otw otw. haha. *ini serius bro, jangan main-main* masih belum. sikit pun belum. risau dow. sheez.

    3. cari kerja. ciri kerja idaman: kerja seronok, gaji mahal, dekat lembah kelang, boleh makan di mamak atau percuma, dapat banyak freebies, boleh diskaun khas untuk pekerja, etc. hahah, super-demanding! jumpa satu kerja kosong dekat kawasan rumah. jaga cc. tapi mereka nak fulltimer. tengoklah dulu. belum call pun :D dah habis sebulan cuti. tinggal sebulan lagi. dah mintak dan tanya banyak tempat. tiada yang call balik. lagipun ramai yang nak fulltimer, chinese, and/or female. grrr. tak nampak dah peluang aku kerja dan beli handset baru. tapi aku nampak peluang budak lepas spm kerja memang banyak, sangat. hurm serius harap dapat biasiswa awal.

    4. kerja. sepenuh jiwa dan raga. sebulan sekurangnya. sekurangnya sampai dapat satu nombor awek baru, itu lebih tepat (haha bukan nak target jumlah gaji) serius perlu tukar target. target gaji seribu. serius pokai tahap maksimum. baki bank: rm11.** sila baca tulisan hijau di nombor tiga.

    5. beli-belah. dengan duit gaji. alamak, kena buat side-list shopping-to-do lah pulak dah. XD diulangi, baki bank sama dengan rm11 dan beberapa sen. =,= sila baca tulisan hijau bold di nombor tiga.

    6. movie marathon. qadha semua movie yang terlepas tengok di wayang sebab sibuk dan pokai: district 9, gi joe, up, g-force, surrogates, etc. siapa ada muat turun? nak pow! haha, serius belum sempat layan langsung. filem baru lagi menarik hati pergi wayang. 2012 lagi. isk3. tapi wayang pun baru sempat dua kali. haizz sila baca entri lepas. heheh. tapi masih tak puas hati. taknak strike lagi list yang ini. sherlock holmes babeyh.

    7. rock the world 9. sunway lagoon theme park. 19 disember. rm25+2. siapa mau join? diulangi, baki bank sama dengan rm11 dan beberapa sen. tapi masih mahu yeah! sila baca tulisan hijau bold di nombor tiga. dan kalau ada orang nak belanja. heheh. oh details dah tukar. di stadium bukit jalil carpark. 26 disember. rm25.

    8. naik gunung datok dan taman negara? tak pasti lagi. harap-harap jadi oh! hurm... yes gunung datok jadi. esok pergi walau poket tinggal hampas syiling. taman negara? diulangi, baki bank... hari sabtu ini ada farewell angah (otai haccer) di templer park. tapi fulus takde daa. cukuplah sekadar gunung datok.

    9. teman pok e yang datang khamis depan merayap di kl. teman dia cari baju topman and guess. cis kaya sial ini budak. accomplished. hari isnin dan rabu minggu lepas. beberapa belas pasang t-shirt topman. sehelai t-shirt zara. sehelai faded jeans calvin klein (yang ini paling lama cari). sepasang belt topman. dua pasang selipar billabong satu padini satu. beberapa helai t-shirt padini. etc etc. nasib baik dia belanja aku makan dan wayang. berbaloi jugak la teman dia dua hari suntuk. heheh. kalaulah aku ada duit banyak macam dia, pergh...

    10. lepak dengan muadz. kalau boleh sambil tengok 2012. atau inglourious basterds. atau astroboy? atau pisau cukur? =,.- accomplished. ada bijan jugak. besttt. tapi tengok the box. =,.='''''

    11. belajar masak menggunakan sumber terhad? contohnya; maggi. hahah aku nak cakap accomplished jugak boleh? alah guna perencah jee sudeyh.

    12. kemas rumah. biar nanti parents balik terkejut. hahah. hurm untuk ini aku bersyukur ada adik perempuan aku. untuk yang atas juga. haha. dan mereka sampai malaysia jumaat ini. insyaAllah ;)

    13. asah bakat menulis yang dah berkarat. cece, bajet macam ada bakat je. hahahambar. hahahahacc. tengoklah next entry macam mana.

    14. test of english for losers eh learning, TOEFL. 12/12 ini. cis camne nak praktis? cd pun tade? dah la lebih setahun tak jamah praktis toefl. haizz.

    15. habiskan novel tuhan manusia oleh faisal tehrani yang sejak awal tahun baca tak habis-habis.

    16. pergi rantai art event di red bungalow dan belanja si n yang comel. heheh. puas hati? ;p

    duh. more things added. modified the layouts. sigh.

    26.11.09

    mari mengarut tentang filem

    Baru tengok 2012 hari Isnin lepas, selepas hampir seminggu keluar di pawagam. Orang cakap best. Yeah, memang best, as always. Macam filem blockbuster tahun ini yang lain. Macam transformer dan terminator. Kadang-kadang ada rasa macam tengok kartun. Tapi kartun dan cgi dua perkara yang perlu dibezakan. Cerita hebat dan cerita gempak perlu dibezakan juga. Cerita hebat memang hebat pada ceritanya, pada isinya. Cerita gempak pula hanya gempak pada visualnya, pada teknologinya. 2012 cerita hebat walau ada sedikit kelemahan yang akan jadi ketara depan seorang idealis penganut teori realis filem(ha-ha-ha main cakap je). Transformer pula cerita gempak macam ramai orang akan klasifikasikan sebab ada megan fox dan megatron. Tapi kedua-dua jenis aku enjoy. Jadi tak kisahlahkan? Tak nak komen panjang lebar tentang 2012 sebab aku rasa semua orang pun dah tengok, jadi boleh fikir sendiri kalau rajin dan luar biasa.

    Jadi selain filem yang kita boleh enjoy, ada juga kategori filem yang boleh kita buat kita berfikir, dan ada juga satu lagi kategori khas untuk filem-filem lain yang dah lintas sempadan kewarasan, sama ada dengan mereka memperbodohkan mereka sendiri (mereka merujuk pembikin filem), atau mereka memperbodohkan penonton. Jadi, untuk edisi kali ini aku mahu cuba melabel filem-filem yang aku baru tonton di pawagam sepanjang cuti dengan kategori-kategori tersebut.

    Filem-filem tersebut: Ninja, The Fourth Kind, The Box, Planet 51

    1. Ninja; enough said, rasa macam tengok cerita ninja zaman dulu-dulu yang ada certain babak orang cut untuk compile dalam youtube sebab lawak giler tak logik. Feeling saja, tapi itulah. Nak contoh; sila youtube: funny scene in movie (lebih kurang la). Mungkin sebab terlalu stereotipikal. Kategori: Terlebih sedikit sempadan movie untuk enjoy action. Berjaya memperbodohkan sesetengah penonton tapi bukan aku. Mungkin sebab expectation aku lepas tengok trailer Ninja Assassin tinggi. Senang cerita aku ingat ini cerita Ninja Assassin.
    2. The Fourth Kind; macam cerita horror tapi bukan cerita horror. Cerita philosophical psycho thriller. Nak remake and modify taktik promotion ‘Blair Witch Project’ tapi kantoi awal sebab internet kaya dengan ilmu bagi yang rajin google dan wiki. Inilah akibat globalisasi. Tapi respek dengan pengarah sebab berani ambil risiko dan sebab aku hampir percaya dengan klip video amatur dalam filem. Tahniah juga sebab berjaya membangkitkan teori alien abduction lepas kita tepu dengan teori alien invasion. Mungkin sebab teknik penceritaannya yang macam dokumentari. Kategori: Atas garis sempadan antara movie enjoy dan movie fikir.
    3. The Box; idea cerita memang best. You got a box with a button, and decide whether to push it or not. Cerita pasal pilihan dan maut. Tapi perjalanan cerita hampeh. Permulaan slow dan meleret, semakin lama semakin laju dan banyak aksi tapi semakin mengarut sebab ada babak yang tak relevan. Mungkin ada metafora tertentu yang pengarah nak sampaikan. Yang itu aku kena tengok cerita sekali lagi dan fokus. Kategori: Movie untuk fikir tapi hampir terlebih sempadan sebab jalan cerita diolah hambar. Kadang aku sendiri rasa macam diperbodohkan sebab tak tercapai akal aku dengan cerita dia.
    4. Planet 51; enjoyable, laughable, nice story, cool visual. Pakej lengkap movie yang direka khas untuk hiburan/enjoy. Kategori: Filem untuk enjoy/hiburan. Tapi masih ada pengajaran yang kita boleh dapat kalau kita fikir dalam-dalam selain enjoy.

    *hahah aku memang suka mengarut pasal filem kan? haiz. akibat tak kerja semasa cuti.

    junks and stuffs

    Bebaskan Palestin!